Tag Archives: artis gaya rambut

Gaya Rambut Terbaru Misya Omar

gaya rambut, design rambut, mendandan rambut, warna rambut, dye rambut, gaya rambut wanita, gaya rambut pendek, fesyen terkini,gambar gaya rambut, rambut style, style rambut layer, profil gaya rambut, colour rambut, profil lebatkan rambut, cari gaya rambut, gambar gaya rambut, gaya rambut web, masalah gaya rambut, gaya rambut artis, artis gaya rambut, gaya rambut foto, gaya rambut jelita, tahun baru, gaya rambut baru, penyanyi, terkenal Malaysia, perempuan cantik, Misha Omar, wajah, bulatnya, Misha Omar selebriti, selebriti Misha Omar, rambut malaysia, colour rambut asia, rambut style Misha Omar, style rambut layer, style rambut Misha Omar, treatment rambut

Gaya Rambut Terbaru Misya Omar

Tahun baru, paparan baru dan gaya rambut baru dari penyanyi  terkenal Malaysia dan perempuan cantik, Misha Omar. Entah bagaimana gaya rambut baru ini tidak sesuai dengan wajah bulatnya.

Apa pendapat anda tentang rambut gambar terbaru Misha Omar ini? Membuatnya lebih indah atau bahkan lebih jelek dari sebelumnya?

Gaya Rambut Sari Yanti Dan Nadia

gaya rambut Sari Yanti, gaya rambut artis malaysia, gaya rambut terkini, gaya rambut moden, gaya rambut wanita, gaya rambut selebriti, fesyen rambut, rambut cantik, gaya rambut berbeza, model, iklan, pelakon, drama, Kisah, Kaisara, Sari Yanti, anggun, tampak ayu, rambut panjang, Nadia Haswani Hasnan, bergaya, funky, rambut kerinting, gaya rambut kerinting, mendandan rambut, rambut ikal mayang, penyembur rambut, style rambut, rambut style, gaya rambut foto, colour rambut, gaya rambut baru, lebatkan rambut, rambut moden, trend gaya rambut, artis gaya rambut

 


Gaya Rambut Sari Yanti Dan Nadia

Pertemuan bersama dua bintang muda yang semakin bersinar menggamatkan suasana di salon Hair Cuttery, Sooka Sentral, Kuala Lumpur. Meskipun baru pertama kali bersua muka tetapi kedua-duanya tidak menunjukkan sebarang jurang. Malah, mereka saling memuji gaya rambut masing-masing.

Manakan tidak, masing-masing memiliki gaya rambut yang berbeza. Jika model iklan dan pelakon utama drama bersiri Kisah Kaisara, Sari Yanti kelihatan anggun dan tampak ayu dengan rambutnya yang panjang mengurai, Nadia Haswani Hasnan pula bergaya funky dengan rambut keriting.

Tidak mahu terikut-ikut dengan pilihan segelintir wanita yang mengamalkan teknik meluruskan rambut (rebonding), Nadia Haswani atau mesra disapa Nadia lebih selesa mengekalkan helaian rambutnya yang ikal mayang. Jelas anak sulung daripada dua adik-beradik ini: “Saya tidak pernah rimas mengurus gaya rambut ini, malah ia seakan mencerminkan perwatakan saya yang ceria dan sempoi.

“Lagipun, saya tidak perlu duduk di depan cermin selama berjam-jam untuk berdandan atau menyikat. Selepas mandi, saya sapukan mousse rambut dan tunggu selama sejam untuk kering,” katanya sambil memberitahu, rambutnya mula keriting ketika berusia 17 tahun.

sariyanti1

WALAUPUN berambut keriting, Nadia masih boleh mempelbagaikan gaya rambutnya

Ironinya seorang wanita sanggup memperuntukkan sejumlah wang demi kecantikan rambut. Namun begitu, pemilik suara lagu, Kalut Lagi Mengarut, mempraktikkan cara tersendiri bagi memastikan rambutnya tidak rosak bagi menjimatkan kos perbelanjaan membaiki semula tekstur rambut.
Walau sesibuk mana pun, Nadia memastikan rambutnya dicuci sekali sehari bagi mengelakkan rambut berbau dan berminyak. Manakala, setiap bulan, gadis berbintang Aries ini menjalani proses rawatan rambut di salon.

Sebagai seorang selebriti, proses rawatan ini perlu bagi mengembalikan kesegaran rambut. Ini kerana rambutnya sentiasa terdedah dengan penyembur rambut yang mengandungi bahan kimia dan terdedah pada cahaya lampu yang panas ketika menjalani sesi fotografi atau menjayakan persembahan pentas.

sariyanti2

“Setakat ini, saya belum pernah mengalami kerosakan rambut yang teruk. Cuma sebelum ini, sebahagian rambut di bahagian kiri lebih pendek daripada rambut sebelah kanan. Ia gara-gara gula-gula getah terlekat di rambut dan saya terpaksa memotongnya sendiri tanpa pengetahuan ibu

“Bercakap perihal rambut, sejak berusia enam tahun, saya begitu cenderung dalam bab dandanan. Disebabkan selalu memasang impian untuk memiliki sebuah salon dan bergelar pendandan, adik bongsu saya selalu menjadi mangsa.

“Saya akan mendandan pelbagai gaya rambut dan memotong rambutnya terutama rambut bahagian depan. Tetapi, ‘aktiviti’ tersebut terpaksa dihentikan apabila dimarahi ibu kerana merosakkan stail rambut adik (tergelak),” jelasnya yang juga berpengalaman memotong rambut ibunya sendiri.

sariyanti3