Tag Archives: Tips Penjagaan Rambut Cara Tradisional

Rahsia Rambut

Rahsia Rambut ,Gaya Rambut Terkini untuk Spring / Summer 2009,Tips Penjagaan Rambut Cara Tradisional,Petua Melebatkan Rambut,Kesilapan Yang Sering Dilakukan Pada Rambut,Fesyen Rambut Pengantin,Tips-gaya rambut,Gaya Rambut Selebriti Hollywood,gaya rambut, gaya rambut moden, gaya rambut cerita, gaya rambut foto, galeri gaya rambut, gaya rambut Malaysia, menunjukkan gaya rambut, gaya rambut folio, rambut gaya rambut, gaya rambut berita, acara gaya rambut, gaya rambut profil, Genetic Koleksi,fesyen rambut masa kini,gaya remaja,Jaga Rambut, Kesilapan Menjaga Rambut, Penjagaan Rambut, Rambut cantik, Rambut Kelumumur, Rambut putus

Rahsia Rambut

rahsia


Kenali watak seseorang melalui rambut mereka. Cuba tengok rambut kenalan anda dan ‘check’ adakah ianya menepati ramalan.

1) RAMBUT LURUS -bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan

2) RAMBUT KERINTING TEBAL-kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung

3) RAMBUT KERENTING NEGRO -bijak, ego, cemburu buta, romantic , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG-bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT -bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT-bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego,dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG-kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf,sosial dan bijak lari daripada masalah.

8.) RAMBUT TEBAL-bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT-sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.

10) RAMBUT BERUBAN -kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri

extra info…

11)TIADA RAMBUT-macam mana nak kate ye….kesian

12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU HIJAUAN -itu rambutaaannnnnnnnnnnnnnnnnn….. kwang kwang kwang

Tips Penjagaan Rambut Cara Tradisional

Tips Penjagaan Rambut Cara Tradisional,Petua Melebatkan Rambut,Kesilapan Yang Sering Dilakukan Pada Rambut,Fesyen Rambut Pengantin,Tips-gaya rambut,Gaya Rambut Selebriti Hollywood,gaya rambut, gaya rambut moden, gaya rambut cerita, gaya rambut foto, galeri gaya rambut, gaya rambut Malaysia, menunjukkan gaya rambut, gaya rambut folio, rambut gaya rambut, gaya rambut berita, acara gaya rambut, gaya rambut profil, Genetic Koleksi,fesyen rambut masa kini,gaya remaja,Jaga Rambut, Kesilapan Menjaga Rambut, Penjagaan Rambut, Rambut cantik, Rambut Kelumumur, Rambut putus

Tips Penjagaan Rambut Cara Tradisional


kacang-hijau

kacang hijau

1. Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh.

bunga-raya

daun bunga raya

lidah-buaya

lidah buaya

2. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.


telur

telur ayam kampung


3. Ambil daun bunga raya yang bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dengan tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

selamat mencuba!

Gaya Rambut Sari Yanti Dan Nadia

Gaya Rambut Sari Yanti Dan Nadia,Gaya Rambut Terkini untuk Spring / Summer 2009,Tips Penjagaan Rambut Cara Tradisional,Petua Melebatkan Rambut,Kesilapan Yang Sering Dilakukan Pada Rambut,Fesyen Rambut Pengantin,Tips-gaya rambut,Gaya Rambut Selebriti Hollywood,gaya rambut, gaya rambut moden, gaya rambut cerita, gaya rambut foto, galeri gaya rambut, gaya rambut Malaysia, menunjukkan gaya rambut, gaya rambut folio, rambut gaya rambut, gaya rambut berita, acara gaya rambut, gaya rambut profil, Genetic Koleksi,fesyen rambut masa kini,gaya remaja,Jaga Rambut, Kesilapan Menjaga Rambut, Penjagaan Rambut, Rambut cantik, Rambut Kelumumur, Rambut putus

Gaya Rambut Sari Yanti Dan Nadia

sariyanti

Pertemuan bersama dua bintang muda yang semakin bersinar menggamatkan suasana di salon Hair Cuttery, Sooka Sentral, Kuala Lumpur. Meskipun baru pertama kali bersua muka tetapi kedua-duanya tidak menunjukkan sebarang jurang. Malah, mereka saling memuji gaya rambut masing-masing.
Manakan tidak, masing-masing memiliki gaya rambut yang berbeza. Jika model iklan dan pelakon utama drama bersiri Kisah Kaisara, Sari Yanti kelihatan anggun dan tampak ayu dengan rambutnya yang panjang mengurai, Nadia Haswani Hasnan pula bergaya funky dengan rambut keriting.
Tidak mahu terikut-ikut dengan pilihan segelintir wanita yang mengamalkan teknik meluruskan rambut (rebonding), Nadia Haswani atau mesra disapa Nadia lebih selesa mengekalkan helaian rambutnya yang ikal mayang. Jelas anak sulung daripada dua adik-beradik ini: “Saya tidak pernah rimas mengurus gaya rambut ini, malah ia seakan mencerminkan perwatakan saya yang ceria dan sempoi.
“Lagipun, saya tidak perlu duduk di depan cermin selama berjam-jam untuk berdandan atau menyikat. Selepas mandi, saya sapukan mousse rambut dan tunggu selama sejam untuk kering,” katanya sambil memberitahu, rambutnya mula keriting ketika berusia 17 tahun.

sariyanti1

WALAUPUN berambut keriting, Nadia masih boleh mempelbagaikan gaya rambutnya

Ironinya seorang wanita sanggup memperuntukkan sejumlah wang demi kecantikan rambut. Namun begitu, pemilik suara lagu, Kalut Lagi Mengarut, mempraktikkan cara tersendiri bagi memastikan rambutnya tidak rosak bagi menjimatkan kos perbelanjaan membaiki semula tekstur rambut.
Walau sesibuk mana pun, Nadia memastikan rambutnya dicuci sekali sehari bagi mengelakkan rambut berbau dan berminyak. Manakala, setiap bulan, gadis berbintang Aries ini menjalani proses rawatan rambut di salon.
Sebagai seorang selebriti, proses rawatan ini perlu bagi mengembalikan kesegaran rambut. Ini kerana rambutnya sentiasa terdedah dengan penyembur rambut yang mengandungi bahan kimia dan terdedah pada cahaya lampu yang panas ketika menjalani sesi fotografi atau menjayakan persembahan pentas.

sariyanti2

“Setakat ini, saya belum pernah mengalami kerosakan rambut yang teruk. Cuma sebelum ini, sebahagian rambut di bahagian kiri lebih pendek daripada rambut sebelah kanan. Ia gara-gara gula-gula getah terlekat di rambut dan saya terpaksa memotongnya sendiri tanpa pengetahuan ibu.
“Bercakap perihal rambut, sejak berusia enam tahun, saya begitu cenderung dalam bab dandanan. Disebabkan selalu memasang impian untuk memiliki sebuah salon dan bergelar pendandan, adik bongsu saya selalu menjadi mangsa.
“Saya akan mendandan pelbagai gaya rambut dan memotong rambutnya terutama rambut bahagian depan. Tetapi, ‘aktiviti’ tersebut terpaksa dihentikan apabila dimarahi ibu kerana merosakkan stail rambut adik (tergelak),” jelasnya yang juga berpengalaman memotong rambut ibunya sendiri.

sariyanti3